Blogger Widgets

Sunday 16 September 2012

Mana Lebih Besar ? Mana Lebih Jauh ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ini Tahun 4 B akan belajar saiz dan jarak relatif Matahari, Bumi dan Bulan. Nisbah saiz Bulan, Bumi dan Matahari diwakili dengan 1:4:400. Analogi perbezaan saiz ini adalah seperti saiz bola keranjang, guli dan biji sagu. Kemudian jarak antara Bumi dan Bulan dan Bumi dan Matahari pula boleh diwakili dengan nisbah
1:400. 

Rakan-rakan guru Sains boleh memuat turun slaid "Powerpoint" ini untuk digunakan bagi mengajar murid-murid mengenai tajuk ini. Terdapat juga animasi mudah menunjukkan nisbah jarak relatif Bumi dan bulan serta Bumi dan Matahari. Bolehlah diubahsuai mengikut keperluan. 


Bagi menunjukkan lagi perbezaan saiz Matahari, Bumi dan Bulan ataupun planet-planet yang lain, video di bawah boleh digunakan. Perbandingan saiz video di bawah ini sangat menarik dan sudah pastinya murid-murid dapat membuat gambaran mental mengenai perbezaan saiz planet-planet dan juga Matahari.



Hingga bertemu kembali, Wassalam.
Cikgu Shamsudin.....

Berangkat ke Sistem Suria ! :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ingin "berjalan-jalan" sambil menambah pengetahuan mengenai Sistem Suria? Senang sahaja, silalah ke laman web berikut :



Simulasi 3d Sistem Suria Interaktif yang sungguh menyeronokkan!

Setiap Planet boleh dikunjungi sambil mengetahui fakta menarik tentangnya.
Laman web ini menyediakan satu simulator 3D yang sangat menarik menunjukkan kedudukan setiap komponen Sistem Suria. Apa yang menarik anda sendiri boleh "terbang" terus ke setiap planet dan mengetahui fakta menarik mengenainya. Jadi apa tunggu lagi jum jelajah sistem Suria!

Rakan-rakan guru Sains boleh mengunakan laman web simulator interaktif ini untuk menjadikan sesi P&P anda lebih menyeronokkan! Cubalah sekarang.

Hinga bertemu lagi, Wassalam.
Cikgu Shamsudin....

Tuesday 11 September 2012

Padukan Tekad, Nyalakan Azam, Juangkan Usaha, Semoga berjaya di UPSR!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Warga Panitia Sains Sk(m) Bombalai dengan ini mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon UPSR khusunya adik-adik Tahun 6 di Sk (m) Bombalai Tawau. Semoga adik-adik semua dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang. InsyaAllah memperoleh kejayaan yang diimpikan. Amiin. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...