Blogger Widgets

Sunday 12 August 2012

Kreativiti dalam Membina :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini, Tahun 2A akan mempelajari tajuk baharu iaitu Asas Teknologi yang merangkumi beberapa standard pembelajaran berikut :


  1. Membaca dan menerangkan manual.
  2. Mengenalpasti komponen.
  3. Memasang dan membina komponen.
  4. Melakar hasil komponen
  5. Bercerita tentang model yang dibina.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid Tahun 2A menggunakan set binaan "LASY" yang sememangnya sesuai untuk membina pelbagai jenis model serta menggalakkan murid untuk berfikiran kreatif khusus semasa membina model tersebut. Bukan itu sahaja, nilai kerjasama sudah tentu dapat digarap dalam kalangan murid-murid yang diarahkan untuk membina model mereka dalam kumpulan. Penerapan nilai kerjasama, amat penting agar murid kenal kebaikan dan manfaat bekerjasama dalam kumpulan. Malah aktiviti pembinaan model ini menggalakkan murid untuk lebih berani dan yakin akan diri sendiri kerana selepas membina model, mereka perlulah bercerita mengenai model yang telah mereka bina.
 
Model kapal terbang sebagai contoh yang dibina sendiri oleh Cikgu Shamsudin.

Kumpulan biru dengan model inovasi kapal terbang mereka. Kreatif !


Kumpulan Kuning banga dengan hasil binaan mereka. Pada mulanya agak
sukar bagi kumpulan ini mencari idea, tetapi dengan bimbingan Cikgu Shamsudin, Alhamdulillah
mereka dapat bekerjasama dan membina model kapal terbang mereka.

Model rekaan Kumpulan Hijau. Mudah namun tetap menarik. Tahniah!

Kumpulan merah dengan model kapal terbang mereka. Mereka memberi nama kapal terbang  itu
"JAGUH"!

Kumpulan Jingga dengan hasil model binaan mereka. Berkat kerjasama kumpulan,
mereka dapat membuat dua model kapal terbang mereka sendiri. Tahniah!


Untuk rakan guru-guru di luar sana, bolehla memuat turun slaid "Powerpoint" yang boleh digunakan dalam fasa "Pengstrukturan Semula Idea" untuk mengajar murid-murid. Dipersilakan juga untuk mengubahsuai atau menambahbaik agar murid dapat menerima input dengan lebih efektif.

Hingga bertemu kembali, Wassalam.
Cikgu Shamsudin..





1 comment:

  1. tahniah, semoga menjadi guru yg berdedikasi kpd anak2 didik amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...