Blogger Widgets

Wednesday 29 August 2012

Model Sistem Suria daripada Bahan Buangan! :D


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mari kita cuba untuk membuat satu model Sistem Suria daripada bahan-bahan terbuang. Antara bahan yang diperlukan ialah:
1. Surat Khabar Lama
2. Kertas Tisu.
3. Pita Perekat
4. Warna Poster.
5.Gam PVC
6. Spray "Clear"
7. Mounting Board Hitam.

Langkah pertama, ambil beberapa helaian surat khabar dan gumpalkannya membentuk sebiji bola atau sfera untuk mewakili 8 buah planet.  Buat satu gumpalan atau sfera yang besar sekali untuk mewakili Matahari. Pastikan saiz setiap planet adalah berbeza dan juga Matahari. Rujuk Sistem Suria untuk menggambarkan saiz perbandingan kesemua planet-planet dan Matahari. Gunakan Pita perekat untuk mengekalkan bentuk sfera model anda. Kemudian menggunakan gam PVC yang dicampur dengan air, balut kesemua model dengan kertas tisu iaitu dalam 3 atau 4 lapisan. Biarkan kering dibawah cahaya Matahari.

Hasilkan bentuk sfera mewakili setiap planet menggunakan helaian surat khabar dan kemudiannya dibaluti dengan tisu menggunakan gam PVC. Pastikan saiz model berbeza bagi mewakili saiz planet-planet dalam Sistem Suria.
Langkah kedua, setelah model anda kering, warnakan dengan warna Poster. Pastikan anda merujuk gambr setiap planet untuk mewarnakan planet tersebut. Keringkan dan guna semburkan model planet menggunakan Spray "Clear" untuk mendapatkan efek dan kesan yang lebih menarik. Untuk planet Zuhal, gegelungnya boleh dibuat daripada kad manila dan diwarnakan. Bagi pelantar model tersebut ataupun ruang angkasa lepas, gunakan Mounting Board hitam dan lukis orbit setiap planet menggunakan pen marker hitam. Pelantar ini boleh dihias dengan serbuk "Glitter"  emas untuk memberikan efek bintang-bintang di angkasa lepas.
Warna hasil model anda mengikut warna planet sebenar.
Model Planet-planet yang telah siap diwarnakan.
Jangan lupa sang Matahari! :)

Guna Spray "Clear" dan semburkan pada setiap model untuk mendapatkan efek yang lebih menarik.

Lengkapkan model anda dengan orbit setiap planet, hiasan bintang dan label .

 Terakhir sekali, susun model planet dan Matahari mengikut turutan dalam Sistem Suria dengan betul. Labelkan. Model ini boleh dipamerkan di dalam bilik Sains dan digunakan khusus dalam membantu guru-guru untuk mengajar subjek ini dengan lebih efektif. Sudah tentu murid berasa teruja dan dapat menarik perhatian mereka dalam sesi P&P. Selamat Mencuba!

P/s: Boleh juga menggunakan bola-bola pelbagai saiz untuk mewakili Sistem Suria anda.

Rakan-rakan guru Sains boleh menggunakan model ini sebagai bahan bantu mengajar agar sesi P&P adalah lebih menarik dan bermakna. Boleh juga memuat turun slaid Powerpoint di bawah sebagai bahan mengajar khusus di fasa "Pengstrukturan Semula Idea".

Sistem Suria

Hingga bertemu kembali, Wassalam.
Cikgu Shamsudin....












3 comments:

  1. terima kasih cikgu, teruja tengok hasilnya. nak buat dgn murid saya juga

    ReplyDelete
  2. Wah..terima kasih cikgu..seronok melihat hasil kerja yang dah diusahakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...