Warga Panitia Sains Sk(m) Bombalai dengan ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke 55. Mudahan negara kita akan terus maju dan cemerlang, gemilang dan terbilang disamping mengekalkan kedaulatan, keharmonian dan kesejahteraan. Amin...
Friday, 31 August 2012
Wednesday, 29 August 2012
Model Sistem Suria daripada Bahan Buangan! :D
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mari kita cuba untuk membuat satu model Sistem Suria daripada bahan-bahan terbuang. Antara bahan yang diperlukan ialah:
1. Surat Khabar Lama
2. Kertas Tisu.
3. Pita Perekat
4. Warna Poster.
5.Gam PVC
6. Spray "Clear"
7. Mounting Board Hitam.
Langkah pertama, ambil beberapa helaian surat khabar dan gumpalkannya membentuk sebiji bola atau sfera untuk mewakili 8 buah planet. Buat satu gumpalan atau sfera yang besar sekali untuk mewakili Matahari. Pastikan saiz setiap planet adalah berbeza dan juga Matahari. Rujuk Sistem Suria untuk menggambarkan saiz perbandingan kesemua planet-planet dan Matahari. Gunakan Pita perekat untuk mengekalkan bentuk sfera model anda. Kemudian menggunakan gam PVC yang dicampur dengan air, balut kesemua model dengan kertas tisu iaitu dalam 3 atau 4 lapisan. Biarkan kering dibawah cahaya Matahari.
Warna hasil model anda mengikut warna planet sebenar. |
Model Planet-planet yang telah siap diwarnakan. |
Jangan lupa sang Matahari! :) |
Guna Spray "Clear" dan semburkan pada setiap model untuk mendapatkan efek yang lebih menarik. |
Lengkapkan model anda dengan orbit setiap planet, hiasan bintang dan label . |
Terakhir sekali, susun model planet dan Matahari mengikut turutan dalam Sistem Suria dengan betul. Labelkan. Model ini boleh dipamerkan di dalam bilik Sains dan digunakan khusus dalam membantu guru-guru untuk mengajar subjek ini dengan lebih efektif. Sudah tentu murid berasa teruja dan dapat menarik perhatian mereka dalam sesi P&P. Selamat Mencuba!
P/s: Boleh juga menggunakan bola-bola pelbagai saiz untuk mewakili Sistem Suria anda.
Rakan-rakan guru Sains boleh menggunakan model ini sebagai bahan bantu mengajar agar sesi P&P adalah lebih menarik dan bermakna. Boleh juga memuat turun slaid Powerpoint di bawah sebagai bahan mengajar khusus di fasa "Pengstrukturan Semula Idea".
Sistem Suria
Hingga bertemu kembali, Wassalam.
Cikgu Shamsudin....
Saturday, 18 August 2012
Salam Lebaran Merdeka Raya !
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Di kesempatan ini dengan ikhlas hati, warga Panitia Sains Sk(m) Bombalai mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan ke 55. Maaf zahir dan batin. Terimalah Video Kad Raya untuk semua!
P/S: Pada adik-adik jangan main mercun. Bahaya, jangan sampai adik-adik beraya
di hospital pula ya. Biarlah lebaran disambut penuh bermakna bersama
keluarga tersayang : )
Sunday, 12 August 2012
Kreativiti dalam Membina :D
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini, Tahun 2A akan mempelajari tajuk baharu iaitu Asas Teknologi yang merangkumi beberapa standard pembelajaran berikut :
- Membaca dan menerangkan manual.
- Mengenalpasti komponen.
- Memasang dan membina komponen.
- Melakar hasil komponen
- Bercerita tentang model yang dibina.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid Tahun 2A menggunakan set binaan "LASY" yang sememangnya sesuai untuk membina pelbagai jenis model serta menggalakkan murid untuk berfikiran kreatif khusus semasa membina model tersebut. Bukan itu sahaja, nilai kerjasama sudah tentu dapat digarap dalam kalangan murid-murid yang diarahkan untuk membina model mereka dalam kumpulan. Penerapan nilai kerjasama, amat penting agar murid kenal kebaikan dan manfaat bekerjasama dalam kumpulan. Malah aktiviti pembinaan model ini menggalakkan murid untuk lebih berani dan yakin akan diri sendiri kerana selepas membina model, mereka perlulah bercerita mengenai model yang telah mereka bina.
Model kapal terbang sebagai contoh yang dibina sendiri oleh Cikgu Shamsudin. |
Kumpulan biru dengan model inovasi kapal terbang mereka. Kreatif ! |
Model rekaan Kumpulan Hijau. Mudah namun tetap menarik. Tahniah! |
Kumpulan merah dengan model kapal terbang mereka. Mereka memberi nama kapal terbang itu "JAGUH"! |
Subscribe to:
Posts (Atom)